Catat Rekod Biskut Beras Terbesar Di Dunia.
TOKYO – Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.
Pernah Gagal Cubaan Pertama Catat Rekod Biskut Beras Terbesar Di Dunia.
“Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis,” katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.
No comments:
Post a Comment