Saturday, 29 September 2012

[CARA BUAT DUIT] TEKNIK SEBENAR PEMASARAN FB





Mengapa perlu memasarkan produk melalui Facebook? Itulah persoalan yang sering ditanya oleh ramai orang yang masih belum yakin atau tidak pasti tentang peluang meraih keuntungan berlipatkali ganda dan lumayan dari perniagaan menerusi laman web Facebook. Hanya yang terlontar dari mulut mereka ialah, "Facebook hanya membuang masa. Ia sebuah laman web sosial yang hanya digunakan sebagai medium untuk menghubungi kaum keluarga atau rakan-rakan lama yang telah lama tak berjumpa".

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, populariti Facebook telah melonjak naik dengan begitu agresif sekali dari sebuah laman web untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti di Amerika Syarikat sehingga bertukar menjadi sebuah gergasi laman web sosial terkemuka dunia, malah mampu menandingi syarikat-syarikat multi-million seperti Google, Yahoo dan Microsoft berdasarkan kepada jumlah pengguna dan pengunjung yang melawati laman web tersebut.

Bahkan jumlah masa terkumpul pelawat seluruh dunia menghabiskan masa mengunjungi laman web Facebook menjangkau sehingga 6 billion minit sehari, iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada jumlah masa yang digunakan oleh pelawat yang mengunjungi laman enjin carian Google.

Hari ini sudah lebih 500 juta pengguna internet diseluruh dunia yang pada bila-bila masa sahaja bersedia untuk melakukan pembelian secara online untuk pelbagai produk yang mereka inginkan. Malah yang lebih menakjubkan ialah separuh daripada jumlah pengguna tersebut memiliki akaun Facebook. Jumlah ini akan meningkat dari setahun ke setahun seiringan dengan kemudahan dan features menarik yang disediakan oleh pihak Facebook bagi menarik lebih ramai untuk membuka akaun di Facebook.

Tidak kurangnya juga pengguna-pengguna internet di Malaysia. Pengguna Facebook di Malaysia kini telah menjangkau sehingga 11 juta orang, dan 80% daripada angka tersebut merupakan pengguna yang berumur lingkungan 18-64 tahun, iaitu 8.8 juta orang pengguna dewasa. Mengapa saya tertarik dengan statistik pengguna dewasa? Kerana golongan ini yang merupakan kumpulan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.



Mengapa tidak mengeksploitasikan peluang ini untuk membuat pemasaran di Facebook? Tidak kira samada anda mempunyai perniagaan sendiri, atau anda memperoleh komisyen dari hasil jualan produk orang lain, Facebook merupakan satu tempat yang paling popular dan mudah untuk anda melakukan pemasaran. Dari perniagaan tudung, kad top-up prepaid, buku, pakaian dewasa dan kanak-kanak, sehinggalah kepada menjual kereta dan rumah, boleh dipasarkan di Facebook. Ingat! Angka 8 juta ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Peluang terbuka luas.

Namun, pemasaran di Facebook juga mempunyai seninya yang tersendiri. Bukan dengan begitu mudah sahaja orang akan membeli produk dari kita. Seseorang perlu juga tahu teknik-teknik sebenar dan betul untuk memasarkan produk di Facebook.

Anda boleh mempelajarinya secara percuma dan secara online sahaja. Tidak perlu bersusah payah pergi ke seminar-seminar berbayar. Anda boleh mengikutinya dengan melayari http://teknikfb.com/hop.php?ref=duitfree

Disana, isikan nama dan email anda dalam borang yang disediakan, seterusnya anda akan menerima siri video dan email yang akan mengajar anda bagaimana untuk melakukan pemasaran yang betul di Facebook serta mampu meningkatkan jualan sehingga 300% dalam tempoh 10 hari.

Daftar sekarang di http://teknikfb.com/hop.php?ref=duitfree


[GEMPAK GILER !!!] MOTORSIKAL PUJAAN

Malam tadi sewaktu Admin melayari internet untuk mencari model Motorsikal yang sahabat Admin ingin beli tiba-tiba Admin terpandang kepada sejenis motorsikal yang pada Admin sungguh memukau.. Fuhh.... kalaulah Admin ni ada wang yang banyak, confirm Admin angkat Motorsikal ni paling kurang pun sebijik... Admin pun tak pasti kenapa sejak kebelakang ni Admin memang suka Motorsikal berkonsepkan Scooter!!! Jadi, Mari kita tengok gambar-gambar motorsikal yang Admin maksudkan ini.. Yang paling bestnyer, Motorsikal ini adalah jenis Scooter 1000cc!!! memang jatuh hati lah dengan motorsikal ni....

Sekarang.... mari kita layannnnn....
















Thursday, 27 September 2012

FAKTA HEBAT






Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.


Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).  


Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.  


Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
 

Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
 

Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
 

Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
 

 Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
 

 Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
 

 Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
 

Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
 

Semua beruang kutub adalah kidal.
 

 Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
 

TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
 
Korang mesti  cuba untuk melihat sikunya SEBENTAR TADI....he.. he..he... .betul kan...??  Korang mesti tengok keyboard (papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER) sebenarnya :TYPE-WRITER- POWER-TOP- PORT-PRY- WET-TRY-WRITE- WIT-IT-OR- PRO-POW-TO- QUOTE-QUIT- PIT-ROUTE- TYPER-TROOPER- TRIP-PURR- dan lagi....... 

Monday, 24 September 2012

[HEBAT] MOTORSIKAL GYROSCOPIC : C-1 ELECTRIC MOTOR



SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.
Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.


Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.

Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.





Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.

Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

“Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.

“Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. “Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.

“Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.


“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.


“Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.


“Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.” Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.


“Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.


“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu. - Agensi.