Friday, 14 September 2012
FAKTA MYKAD
Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.
SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82
Thursday, 13 September 2012
FAKTA AKSI CONDONG MICHEAL JACKSON
Anda pernah tengok video clip Michael Jackson yang condong ke depan yang bertentangan dengan hukum graviti? Berikut adalah salah satu fakta yang pelik, bagaimana Michael Jackson dan penari latarnya bersama-sama melakukan aksi condong ke depan lebih dari kemampuan manusia normal.
Bagi anda yang masih tidak tahu, aksi condong 45 darjah itu tidak menggunakan kamera trick. Mereka semua telah memakai kasut khas. Teknik tarian Anti-graviti ini diciptakan oleh Michael J. Jackson sendiri dan beberapa orang yang lain.
Kasut tersebut mampu membuatkan kaki si pemakai stabil dan tidak bergerak dalam kedudukan condong kerana tumit kasut tidak menggelonsor ke depan walaupun pemakai condong 45 darjah
Wednesday, 12 September 2012
KERETA LAMA YANG MASIH TERPELIHARA SELAMA 25 TAHUN.
Bagi pandangan pertama mungkin ada yang menganggap bahawa kereta keluaran lama, pasti akan menjadi sebuah kereta klasik lama yang sudah rosak. Namun dakwaan itu boleh disangkal jika kita melihat sebuah kereta Toyota Corolla AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telahtersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik,kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang.
Meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru. Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.
BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur,lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam
Subscribe to:
Posts (Atom)